Bismillahirahmanirrahim...
Salam
pembuka kata bagi semua pembaca
Kepentingan Sumber Air Bersih
Air merupakan sumber yang penting dalam kehidupan yang
bernyawa. oleh itu, kita sebagai manusia seharusnya memelihara sumber utama
kita untuk mengelakkan ianya dari tercemar dan menjejaskan kualitinya.
Air
dapat mengawal dan mengekalkan suhu badan di samping menghalang kekeringan dan
kerosakan sel-sel badan. Tanpa air, darah tidak akan mengalir, oksigen dan zat
tidak akan dipindahkan, sisa tidak dapat disingkirkan dan kebanyakan organ kita
dan proses dalam badan tidak akan berfungsi.
Tetapi, kita semakin terus
mengeksploitasikannya dan sehingga kini, sudah banyak topik yang telah
dipersoalkan, dikupas serta ditulis mengenai air. Namun, kebanyakan daripada
kita masih kurang menghargainya. Persoalannya, apakah kepentingan
sumber air bersih kepada manusia?
Antara kepentingan air bersih ialah :
Air
merupakan sumber minuman kepada manusia mahupun hidupan yang lain untuk
meneruskan hidup, apabila tubuh badan kekurangan air ia akan menyebabkan badan
menjadi letih dan tidak bermaya kesan dari dehidrasi.
Kegunaan air yang bersih dalam
kehidupan manusia juga adalah untuk membersihkan makanan seperti membersihkan
sayur-sayuran dan buah buahan. Haiwan dan tumbuhan memerlukan air untuk
mereka meneruskan kehidupan dan tanpa air mereka akan mati dan layu.
Air yang
bersih juga digunakan untuk menyiram tanaman, contohnya mengunakan air
untuk menyiram pokok bunga di sekitar rumah. Disamping itu, air juga di
gunakan dalam industri untuk mencuci bahan mentah bagi memproses dan menghasilkan
produk industri.
Justeru,
kita harus minum air
yang bersih, sihat dan asli supaya proses penyingkiran bahan toksik dalam
badan dapat berfungsi dengan tahap optimum atau ianya akan memburukkan lagi
keadaan kesihatan anda.
Akhir
kata, air yang bersih memainkan
peranan yang amat penting sebagai penyuling dan pencuci yang terbaik terhadap
toksin di dalam badan kita kerana ia dapat membantu membuang sisa beracun dan
bahan kimia dalam badan.
Ok thank you.
ReplyDeleteGood
ReplyDeleteok :(
ReplyDeleteNot bad thank you for helping me do my karangan bye👋
ReplyDelete